Barang siapa yang apabila masuk waktu pagi dia membaca: "Ya Allah! Pagi ini daku kecapi nikmat pemberian-Mu, kesihatan dan perlindungan-Mu

TEKS BAHASA ARAB

من قال إذا أصبح: اللهم! أصبحت منك في نعمة وعافية وستر، فأتم علي نعمتك وعافيتك وسترك في الدنيا والآخرة – ثلات مرات إذا أصبح وإذا أمسى -؛ كان حقا على الله عز وجل أن يتم عليه نعمته.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa yang apabila masuk waktu pagi dia membaca: Ya Allah! Pagi ini daku kecapi nikmat pemberian-Mu, kesihatan dan perlindungan-Mu, maka sempurnakanlah nikmat-Mu, afiyat-Mu serta perlindungan-Mu terhadapku di dunia dan akhirat – sebanyak tiga kali pada waktu pagi dan petang, maka Allah Azza wa Jalla berhak untuk menyempurnakan kepadanya nikmat-Nya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1562, hadis nombor 7914. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن ابن عباس-رضي الله عنهما-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: (( من قال إذا أصبح: اللهم! أصبحت منك في نعمة وعافية وستر، فأتم علي نعمتك وعافيتك وسترك في الدنيا والآخرة – ثلات مرات إذا أصبح وإذا أمسى -؛ كان حقا على الله عز وجل أن يتم عليه نعمته)). [ابن السني، ((الضعيفة))(6070)].

(Palsu)
Daripada Ibn Abbas RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: Barang siapa yang apabila masuk waktu pagi dia membaca: Ya Allah! Pagi ini daku kecapi nikmat pemberian-Mu, kesihatan dan perlindungan-Mu, maka sempurnakanlah nikmat-Mu, afiyat-Mu serta perlindungan-Mu terhadapku di dunia dan akhirat – sebanyak tiga kali pada waktu pagi dan petang, maka Allah Azza wa Jalla berhak untuk menyempurnakan kepadanya nikmat-Nya.
[Riwayat Ibn al-Sunni. Lihat Silsilah al-Da'ifah no.6070].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs