Barang siapa yang apabila dia baring di tempat tidurnya dia membaca

TEKS BAHASA ARAB

من قال إذا أوى إلى فراشه: الحمد لله الذي علا فقهر، وبطن فخبر، وملك فقدر. الحمد لله الذي يحيي ويميت، وهو على كل شيء قدير، خرج من ذنوبه كيوم ولدته أمه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa yang apabila dia baring di tempat tidurnya dia membaca: ‘Segala puji bagi Allah yang Maha Meninggikan dan Menguasai, yang Maha Menyembunyikan dan Mengkhabarkan, yang Memiliki dan Maha Menentukan. Segala puji bagi Allah yang menghidupkan dan mematikan, dan Dia berkuasa atas segala perkara’, maka dosa-dosanya akan keluar darinya seperti hari dia dilahirkan oleh ibunya.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1598, hadis nombor 8069. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن أبي الدرداء -رضي الله عنه- قال: قال -صلى الله عليه وسلم-: ((من قال إذا أوى إلى فراشه: الحمد لله الذي علا فقهر، وبطن فخبر، وملك فقدر. الحمد لله الذي يحيي ويميت، وهو على كل شيء قدير، خرج من ذنوبه كيوم ولدته أمه)). [طس، هب، ((الضعيفة)) (6820)].

(Munkar)
Daripada Abu Darda RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: ((Barang siapa yang apabila dia baring di tempat tidurnya dia membaca: ‘Segala puji bagi Allah yang Maha Meninggikan dan Menguasai, yang Maha Menyembunyikan dan Mengkhabarkan, yang Memiliki dan Maha Menentukan. Segala puji bagi Allah yang menghidupkan dan mematikan, dan Dia berkuasa atas segala perkara’, maka dosa-dosanya akan keluar darinya seperti hari dia dilahirkan oleh ibunya))
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Awsat dan al-Baihaqi dalam Shu’ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 6820].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs