Barang siapa yang Allah berikan kepadanya rupa paras indah, nama yang baik dan meletakkannya di tempat yang tiada aib kepadanya, maka dia dekat dengan Allah

TEKS BAHASA ARAB

من آتاه الله وجها حسنا، واسما حسنا، وجعله في موضع غير شاين له، فهو في حضرة الله عز وجل.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa yang Allah berikan kepadanya rupa paras indah, nama yang baik dan meletakkannya di tempat yang tiada aib kepadanya, maka sesungguhnya dia dekat dengan Allah. Lalu, Ibn Abbas mencipta satu syair dengan berkata: “Padamu tanda kenabian apabila kamu berkata, carilah kebaikan di sisi orang yang baik wajahnya.”

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1635, hadis nombor 8266. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن ابن عباس – رضي الله عنهما -، قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((من آتاه الله وجها حسنا، واسما حسنا، وجعله في موضع غير شاين له، فهو في حضرة الله عز وجل)). ثم أنشأ ابن عباس يقول: "أنت شرط النبي إذ قال يوما اطلبوا الخير عند حسان الوجوه ". [ابن عساكر، ((الضعيفة)) (5839)]

(Palsu)
Daripada Ibn Abbas RA beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: ((Barang siapa yang Allah berikan kepadanya rupa paras indah, nama yang baik dan meletakkannya di tempat yang tiada aib kepadanya, maka sesungguhnya dia dekat dengan Allah. Lalu, Ibn Abbas mencipta satu syair dengan berkata: “Padamu tanda kenabian apabila kamu berkata, carilah kebaikan di sisi orang yang baik wajahnya.”))
[Riwayat Ibn Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5839].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs