Barang siapa tidak beriman dengan takdir baik dan buruknya, maka aku berlepas diri daripadanya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

من لم يؤمن بالقدر خيره وشره؛ فأنا منه بريء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa tidak beriman dengan takdir baik dan buruknya, maka aku berlepas diri daripadanya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 492, hadis nombor 2647. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابي هريرة –رضي الله عنه- مرفوعا: ((من لم يؤمن بالقدر خيره وشره؛ فأنا منه بريء)).[ع، عد، ((الضعيفة)) (4652)].

(Lemah)
Daripada Abu Hurairah RA, secara marfu‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Barang siapa tidak beriman dengan takdir baik dan buruknya, maka aku berlepas diri daripadanya.
[Riwayat Abu Ya‘la dalam Musnadnya dan Ibn ‘Adi dalam al-Kamil fi al-Du'afa'. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 4652].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.