Barang siapa solat Subuh, lalu dia kekal duduk di tempat solatnya hingga terbit matahari

TEKS BAHASA ARAB

من صلى صلاة الغداة، فجلس في مصلاه حتى تطلع الشمس؛ كان له حجاباً من النار – أو قال: ستراً من النار.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa solat Subuh, lalu dia kekal duduk di tempat solatnya hingga terbit matahari, baginya penghadang dari api neraka atau dia berkata satu penutup dari api neraka.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 313, hadis nombor 1648. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat ringkas tentang hadis Al-Hassan bin Ali RA ini yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن الحسن بن علي –رضي الله عنهما-، قال:
من صلى صلاة الغداة، فجلس في مصلاه حتى تطلع الشمس؛ كان له حجاباً من النار – أو قال: ستراً من النار -)).
[ أبو محمد القاري في ((حديثه))، عد، ((الضعيفة)) (5059) ].

(Palsu) Dari Al-Hasan bin ‘Ali RA, dia telah berkata: Barang siapa solat Subuh, lalu dia kekal duduk di tempat solatnya hingga terbit matahari, baginya penghadang dari api neraka atau dia berkata satu penutup dari api neraka.
[Diriwayatkan oleh Abu Muhammad al-Qari dalam Kitab Hadis-nya dan Ibn ‘Adi dalam Kitab al-Kāmil Fī al-Ḍu‘afā’, lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5059].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs