Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من صلى صلاة الغداة، فجلس في مصلاه حتى تطلع الشمس؛ كان له حجاباً من النار - أو قال: ستراً من النار.
Teks Bahasa Melayu
Barang siapa solat Subuh, lalu dia kekal duduk di tempat solatnya hingga terbit matahari, baginya penghadang dari api neraka atau dia berkata satu penutup dari api neraka.
Sahabat Perawi
- Al-Hassan bin Ali RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 313, hadis no. 1648. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Palsu) Dari Al-Hasan bin ‘Ali RA, dia telah berkata: Barang siapa solat Subuh, lalu dia kekal duduk di tempat solatnya hingga terbit matahari, baginya penghadang dari api neraka atau dia berkata satu penutup dari api neraka. [Riwayat Abu Muhammad al-Qari dalam Kitab Hadis-nya dan Ibn ‘Adi dalam Kitab al-Kamil Fī al-Ḍu‘afa’, lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5059]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman