Daif

30/06/2024

minit bacaan



Barang siapa menyebut di penghujung solat, -subhan Allah al-‘Azim wa bihamdih, la hawla wa la quwwata illa billah-

Teks Bahasa Arab

من قال في دبر الصلاة: سبحان الله العظيم وبحمده، لا حول ولا قوة إلا بالله؛ قام مغفوراً له.

Teks Bahasa Melayu

Barang siapa menyebut di penghujung solat, -subhan Allah al-‘Azim wa bihamdih, la hawla wa la quwwata illa billah-, dia telah bangun dalam keadaan diampunkan baginya.

Sahabat Perawi

  1. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Daif

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 314, hadis no. 1653. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أنس–رضي الله عنه، مرفوعاً: ((من قال في دبر الصلاة: سبحان الله العظيم وبحمده، لا حول ولا قوة إلا بالله؛ قام مغفوراً له)). [البزار، ((الضعيفة)) (5136) ]

(Daif) Dari Anas bin Malik RA, secara marfu‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Barang siapa menyebut di penghujung solat, -subhan Allah al-‘Azim wa bihamdih, la hawla wa la quwwata illa billah-, dia telah bangun dalam keadaan diampunkan baginya. [Riwayat al-Bazzar dalam Kitab Musnadnya, lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5136]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.