Daif

30/06/2024

minit bacaan



Barang siapa menutup ruang kosong pada saf

Teks Bahasa Arab

من سد فرجة في الصف غفر له.

Teks Bahasa Melayu

Barang siapa menutup ruang kosong pada saf, diampun baginya.

Sahabat Perawi

  1. Abu Juhayfah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Daif

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 312, hadis no. 1646. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي جحيفة –رضي الله عنه-، مرفوعاً: ((من سد فرجة في الصف غفر له)). [البزار، ((الضعيفة)) (5047) ]

(Daif) Dari Abu Juhayfah RA, secara marfu‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Barang siapa menutup ruang kosong pada saf, diampun baginya. [Riwayat Al-Bazzar dalam Kitab Musnadnya, lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5047]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.