Barang siapa menjamu saudaranya makanan yang diinginkannya

TEKS BAHASA ARAB

من أطعم أخاه المسلم شهوته؛ حرمه الله النار.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa menjamu saudaranya makanan yang diinginkannya, nescaya Allah akan haramkan baginya neraka.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 387, hadis nombor 2056. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي هريرة – رضي الله عنه -، مرفوعا: «مَنْ أطعَمَ أخاهُ المسلِمَ شهْوَتَهُ؛ حرَّمَهُ اللهُ النارَ». [هب، «الضعيفة» (106)].

(Palsu) Daripada Abu Hurairah RA secara marfu‘ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Barang siapa menjamu saudaranya makanan yang diinginkannya, nescaya Allah akan haramkan baginya neraka". [Riwayat al-Bayhaqi dalam Shu‘ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 106].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs