Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَنْ أطعَمَ أخاهُ المسلِمَ شهْوَتَهُ؛ حرَّمَهُ اللهُ النارَ.
Teks Bahasa Melayu
Barang siapa menjamu saudaranya makanan yang diinginkannya, nescaya Allah akan haramkan baginya neraka.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 387, hadis no. 2056. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أبي هريرة - رضي الله عنه -، مرفوعا: «مَنْ أطعَمَ أخاهُ المسلِمَ شهْوَتَهُ؛ حرَّمَهُ اللهُ النارَ». [هب، «الضعيفة» (106)].
(Palsu) Daripada Abu Hurairah RA secara marfu‘ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Barang siapa menjamu saudaranya makanan yang diinginkannya, nescaya Allah akan haramkan baginya neraka". [Riwayat al-Bayhaqi dalam Shu‘ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 106].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman