Barang siapa menghidupkan dua malam raya

TEKS BAHASA ARAB

من أحيا ليلتي العيدين إيماناً واحتساباً؛ لم يمت قلبه حين تموت القلوب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa menghidupkan dua malam 'eid (raya) secara yakin dan mengharapkan pahala, tidak mati hatinya ketika matinya hati-hati (manusia).

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 311, hadis nombor 1637. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat ringkas tentang hadis Abu Umamah al-Bahili RA ini yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي أمامة الباهلي –رضي الله عنه-، مرفوعاً: ((من أحيا ليلتي العيدين إيماناً واحتساباً؛ لم يمت قلبه حين تموت القلوب)).
[ الأصفهاني، ((الضعيفة)) (5163) ].

(Palsu) Dari Abu Umamah al-Bahili RA, secara marfu‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Barang siapa menghidupkan dua malam 'eid (raya) secara yakin dan mengharapkan pahala, tidak mati hatinya ketika matinya hati-hati (manusia).
[Diriwayatkan oleh Al-Asfahani dalam Kitab al-Targhib, lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5163].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs