TEKS BAHASA ARAB
من كذب بالقدر؛ فقد كذب بما أنزل عليّ.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Barang siapa mendustakan takdir, maka dia telah mendustakan apa yang diturunkan kepada aku.
STATUS
Sangat lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 491, hadis nombor 2644. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن ابن عمر –رضي الله عنهما- مرفوعا: ((من كذب بالقدر؛ فقد كذب بما أنزل عليّ)).[عق، ((الضعيفة)) (4645)].
(Sangat Lemah)
Daripada Ibn ‘Umar RA, secara marfu‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Barang siapa mendustakan takdir, maka dia telah mendustakan apa yang diturunkan kepada aku.
[Riwayat al-‘Uqaili dalam al-D'uafa al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 4645].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.