Barang siapa mencela orang Arab, maka mereka itulah orang-orang musyrikin

TEKS BAHASA ARAB

من سب العرب؛ فأولئك هم المشركون

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa mencela orang Arab, maka mereka itulah orang-orang musyrikin.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 491, hadis nombor 2638. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن عمر بن الخطاب –رضي الله عنه- مرفوعا: ((من سب العرب؛ فأولئك هم المشركون)).[عق، عد، خط، هب، ((الضعيفة)) (4601)].

(Palsu)
Daripada ‘Umar bin al-Khattab RA, secara marfu‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Barang siapa mencela orang Arab, maka mereka itulah orang-orang musyrikin.
[Riwayat al-‘Uqaili dalam al-Dhu'afa' al-Kabir, Ibn ‘Adi dalam al-Kamil fi al-Dua'fa', al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad, dan al-Baihaqi dalam Shu‘ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 4601].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs