Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Barang siapa mencela orang Arab, maka mereka itulah orang-orang musyrikin

Teks Bahasa Arab

من سبَّ العربَ ؛ فأولئكَ همُ المشركونَ.

Teks Bahasa Melayu

Barang siapa mencela orang Arab, maka mereka itulah orang-orang musyrikin.

Sahabat Perawi

  1. ‘Umar bin al-Khattab RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 491, hadis no. 2638.

(موضوع) عن عمر بن الخطاب –رضي الله عنه- مرفوعا: ((من سب العرب؛ فأولئك هم المشركون)).[عق، عد، خط، هب، ((الضعيفة)) (4601)].

(Palsu) Daripada ‘Umar bin al-Khattab RA, secara marfu‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Barang siapa mencela orang Arab, maka mereka itulah orang-orang musyrikin. [Riwayat al-‘Uqaili, Ibn ‘Adi, al-Khatib al-Baghdadi, dan al-Baihaqi dalam Shu‘ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 4601].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.