Barang siapa memonopoli makanan selama 40 hari ke atas umatku

TEKS BAHASA ARAB

من احتكر ‌طعاما ‌على ‌أمتي أربعين يوما وتصدق به لم يقبل منه

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa memonopoli makanan selama 40 hari ke atas umatku kemudian dia bersedekah dengannya, nescaya (sedekah itu) tidak akan diterima.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 593, hadis nombor 3056. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن معاذ – رضي الله عنه – مرفوعا: ((من احتكر ‌طعاما ‌على ‌أمتي أربعين يوما وتصدق به لم يقبل منه)). [ابن عساكر، ((الضعيفة)) (858)].

(Palsu) Daripada Muadz RA secara marfu’ (dinisbahkan kepada Nabi SAW): Barang siapa memonopoli makanan selama 40 hari ke atas umatku kemudian dia bersedekah dengannya, nescaya (sedekah itu) tidak akan diterima. [Diriwayatkan oleh Ibn Asakir dalam Tarikh Dimashq. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 858].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs