TEKS BAHASA ARAB
من قتل حية؛ فكأنما قتل رجلا مشركا قد حل دمه.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Barang siapa membunuh ular, maka seolah-olahnya dia telah membunuh seorang lelaki musyrik yang telah halal darahnya.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 491, hadis nombor 2642. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن مسعود –رضي الله عنه- مرفوعا: ((من قتل حية؛ فكأنما قتل رجلا مشركا قد حل دمه)). [ش، حم، الشاشي، ع، طب، الكلاباذي في ((مفتاح المعاني))، ((الضعيفة)) (4627)].
(Lemah)
Daripada Ibn Mas‘ud RA, secara marfu‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Barang siapa membunuh ular, maka seolah-olahnya dia telah membunuh seorang lelaki musyrik yang telah halal darahnya.
[Riwayat Ibn Abi Shaibah, Ahmad, al-Shashi, Abu Ya‘la, al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Kabir, al-Kalabazi dalam Kitab Miftah al-Ma‘ani. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 4627].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.