Sangat lemah

30/06/2024

minit bacaan



Barang siapa membeli sehelai pakaian dengan harga 10 dirham

Teks Bahasa Arab

مَن اشترى ثوبًا بعَشْرَةِ دراهمَ وفي ثَمَنِهِ دِرْهَمٌ حرامٌ لم يُقْبَلْ له صلاةُ ما كان عليه.

Teks Bahasa Melayu

Barang siapa membeli sehelai pakaian dengan harga 10 dirham sedangkan dalam harga tersebut, ada satu dirham yang haram, nescaya tidak akan diterima mana-mana solatnya selagi dia memakai (pakaian itu).

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Umar RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Sangat lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 593, hadis no. 3057.

(ضعيف جدا) عن ابن عمر – رضي الله عنهما – مرفوعا: ((من ‌اشترى ‌ثوبا بعشرة دراهم وفي ثمنه درهم حرام لم يقبل له صلاة ما كان عليه)). [أبو العباس الأصم في ((حديثه))، ابن أبي الدنيا في ((الورع))، الأكفاني في ((حديثه))، حم، خط، ابن عساكر، الضياء في ((المنتقى من مسموعاته بمرو))، ((الضعيفة)) (844)]

(Sangat lemah) Daripada Ibn Umar RA secara marfu’ (dinisbahkan kepada Nabi SAW): Barang siapa yang membeli sehelai pakaian dengan harga 10 dirham sedangkan dalam harga tersebut, ada satu dirham yang haram, nescaya tidak akan diterima mana-mana solatnya selagi dia memakai (pakaian itu). [Diriwayatkan oleh Abu al-Abbas al-Asom dalam Hadith beliau, Ibn Abi al-Dunya dalam al-Wara’, al-Akfani dalam Hadith beliau, Ahmad bin Hanbal dalam Musnad beliau, al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad, Ibn Asakir dalam Tarikh Dimashq, al-Ḍhiya’ al-Maqdisi dalam al-Muntaqa min Masmu’atihi bi Marw. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 844].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.