Terlalu Daif

30/06/2024

minit bacaan



Barang siapa membaca surah Ha Mim al-Dukhan (surah al-Dukhan) pada malam Jumaat

Teks Bahasa Arab

من قرأ (حم) الدخان في ليلة الجمعة، أو يوم الجمعة؛ بنى الله له بيتاً في الجنة.

Teks Bahasa Melayu

Barang siapa membaca surah Ha Mim al-Dukhan (surah al-Dukhan) pada malam Jumaat atau pada hari Jumaat, Allah bina untuknya sebuah rumah dalam syurga.

Sahabat Perawi

  1. Abu Umamah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Terlalu Daif

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 314, hadis no. 1656. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جداً) عن أبي أمامة –رضي الله عنه-  مرفوعاً: ((من قرأ (حم) الدخان في ليلة الجمعة، أو يوم الجمعة؛ بنى الله له بيتاً في الجنة)) [ الأصفهاني، ((الضعيفة)) (5112) ]

(Terlalu Daif) Dari Abu Umamah RA, secara marfu’ (yakni disandarkan kepada Nabi): Barang siapa membaca surah Ha Mim al-Dukhan (surah al-Dukhan) pada malam Jumaat atau pada hari Jumaat, Allah bina untuknya sebuah rumah dalam syurga. [Riwayat Al-Asfahani dalam Kitab al-Targhib wal-Tarhib, lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5112]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.