Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Barang siapa membaca sepuluh ayat pada waktu malam

Teks Bahasa Arab

مَنْ قَرَأَ عَشْرَ آيَاتٍ فِي لَيْلَةٍ؛ كُتِبَ مِنْ الْمُصَلِّينَ، وَلَمْ يَكْتُبْ مِنْ الْغَافِلِينَ، وَمَنْ قَرَأَ خَمْسِينَ آيَةً؛ كَتَبَ مِنْ الْحَافِظِينَ، وَمَنْ قَرَأَ مِئَةَ آيَةٍ؛ كَتَبَ مِنْ الْقَانِتِينَ، وَمَنْ قَرَأَ ثَلَاثَ مِئَةِ آيَةٍ؛ لَمْ يُحَاجِهِ الْقُرْآنُ فِي تِلْكَ اللَّيْلَةِ، وَيَقُولُ رَبُّكَ عَزَّ وَجَلَّ: لَقَدْ نَصَبَ عَبْدِي فِي، وَمَنْ قَرَأَ أَلْفَ آيَةٍ؛ كَانَ لَهُ قِنْطَارٌ؛ الْقِيرَاطُ مِنْهُ خَيْرٌ مِنْ الدُّنْيَا وَمَا فِيهَا، فَإِذَا كَانَ يَوْمُ الْقِيَامَةِ؛ قِيلَ لَهُ: اقْرَأْ وَارْقَ، فَكُلَّمَا قَرَأَ آيَةً؛ صَعِدَ دَرَجَةً حَتَّى يَنْتَهِيَ إِلَى مَا مَعَهُ، يَقُولُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ لَهُ: اقْبِضْ بِيَمِينِكَ عَلَى الْخُلْدِ، وَبِشِمَالِكَ عَلَى النَّعِيمِ.

Teks Bahasa Melayu

Barang siapa membaca sepuluh ayat pada waktu malam, dituliskan dari golongan al-Musallin (orang-orang yang sering solat) dan tidak ditulis dari golongan al-Ghafilin (orang-orang yang lalai). Barang siapa membaca lima puluh ayat, dituliskan dari golongan al-Hafizin (orang-orang yang menjaga solat). Barang siapa membaca serratus ayat, ditulis dari golongan al-Qanitin (orang-orang yang taat). Barang siapa membaca tiga ratus ayat, al-Quran tidak akan mencelanya pada malam tersebut dan tuhanmu ‘Azza wa Jalla berfirman: Hamba-Ku telah penat kerana Aku. Barang siapa membaca seribu ayat, baginya Qintar. Ganjaran besar darinya kebaikan dari dunia dan apa yang ada di dalamnya. Apabila tiba hari kiamat, dikatakan kepadanya: Bacalah dan naiklah. Maka setiap kali di abaca satu ayat, dia naik satu darjat. Hinggalah dia sampai kepada apa yang ada bersamanya, Allah ‘Azza wa Jalla berkata kepadanya: Peganglah tangan kananmu atas al-khuld dan tangan kiri-mu atas al-Na’im.

Sahabat Perawi

  1. Fadalah bin ‘Ubayd
  2. Tamim al-Dari RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 314, hadis no. 1657. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن فضالة بن عبيد وتميم الداري –رضي الله عنهما-  مرفوعاً: ((من قرأ عشر آيات في ليلة؛ كتب من المصلين، ولم يكتب من الغافلين، ومن قرأ خمسين آية؛ كتب من الحافظين، ومن قرأ مئة آية؛ كتب من القانتين، ومن قرأ ثلاث مئة آية؛ لم يحاجه القرآن في تلك الليلة، ويقول ربك عز وجل: لقد نصب عبدي في، ومن قرأ ألف آية؛ كان له قنطار؛ القيراط منه خير من الدنيا وما فيها، فإذا كان يوم القيامة؛ قيل له: اقرأ وارق، فكلما قرأ آية؛ صعد درجة حتى ينتهي إلى ما معه، يقول الله عز وجل له: اقبض بيمينك على الخلد، وبشمالك على النعيم)). [ ابن عساكر، ((الضعيفة)) (5295) ]

(Munkar) Dari Fadalah bin ‘Ubayd dan Tamim al-Dari RA, secara marfu’ (yakni disandarkan kepada Nabi): Barang siapa membaca sepuluh ayat pada waktu malam, dituliskan dari golongan al-Musallin (orang-orang yang sering solat) dan tidak ditulis dari golongan al-Ghafilin (orang-orang yang lalai). Barang siapa membaca lima puluh ayat, dituliskan dari golongan al-Hafizin (orang-orang yang menjaga solat). Barang siapa membaca seratus ayat, ditulis dari golongan al-Qanitin (orang-orang yang taat). Barang siapa membaca tiga ratus ayat, al-Quran tidak akan mencelanya pada malam tersebut dan tuhanmu ‘Azza wa Jalla berfirman: Hamba-Ku telah penat kerana Aku. Barang siapa membaca seribu ayat, baginya Qintar. Ganjaran besar darinya kebaikan dari dunia dan apa yang ada di dalamnya. Apabila tiba hari kiamat, dikatakan kepadanya: Bacalah dan naiklah. Maka setiap kali dia baca satu ayat, dia naik satu darjat. Hinggalah dia sampai kepada apa yang ada bersamanya, Allah ‘Azza wa Jalla berkata kepadanya: Peganglah tangan kananmu atas al-Khuld dan tangan kiri-mu atas al-Na’im. [Riwayat Ibn ‘Asakir dalam Kitab Tarikh-nya, lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5295]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.