Barang siapa membaca ayat al-Kursi, tidak ada yang mengambil nyawanya melainkan Allah

TEKS BAHASA ARAB

من قرأ آية الكرسي، لم يتول قبض نفسه إلا الله تعالى.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa membaca ayat al-Kursi, tidak ada yang akan mengambil nyawanya melainkan Allah SWT sendiri.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1728, hadis nombor 8693. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن عبد الله بن عمرو -رضي الله عنهما- قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((من قرأ آية الكرسي، لم يتول قبض نفسه إلا الله تعالى.)) [خط، ((الضعيفة)) (2014)].

(Palsu)
Daripada Abdullah bin ‘Amr bin al-‘As RA beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: ((Barang siapa membaca ayat al-Kursi, tidak ada yang akan mengambil nyawanya melainkan Allah SWT sendiri.))
[Riwayat al-Khatib dalam al-Tarikh. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 2014].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs