Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَن قرأَ آيةَ الكُرسيِّ، لم يتولَّ قبضَ نفسِه إلَّا اللهُ تعالَى.
Teks Bahasa Melayu
Barang siapa membaca ayat al-Kursi, tidak ada yang akan mengambil nyawanya melainkan Allah SWT sendiri.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin ‘Amr bin al-‘As
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1728, hadis no. 8693. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن عبد الله بن عمرو -رضي الله عنهما- قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((من قرأ آية الكرسي، لم يتول قبض نفسه إلا الله تعالى.)) [خط، ((الضعيفة)) (2014)].
(Palsu) Daripada Abdullah bin ‘Amr bin al-‘As RA beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: ((Barang siapa membaca ayat al-Kursi, tidak ada yang akan mengambil nyawanya melainkan Allah SWT sendiri.)) [Riwayat al-Khatib dalam al-Tarikh. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 2014].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman