Barang siapa memakai topi besi untuk berjihad di jalan Allah, nescaya Allah akan mengampuninya

TEKS BAHASA ARAB

من ‌اتخذ ‌مغفرا ليجاهد به في سبيل الله غفر الله له، ومن اتخذ بيضة بيض الله وجهه يوم القيامة، ومن اتخذ درعا كانت له سترا من النار يوم القيامة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa memakai topi besi untuk berjihad di jalan Allah, nescaya Allah akan mengampuninya. Barang siapa yang memakai pelindung besi (di bahagian leher), Allah akan memutihkan wajahnya di hari kiamat. Manakala barang siapa yang memakai baju besi, nescaya dibuatkan untuknya penghadang daripada api neraka di hari kiamat.

STATUS

Sangat munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 979, hadis nombor 5047. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر جدا) عن الحسن البصري، قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم-: ‌((من ‌اتخذ ‌مغفرا ليجاهد به في سبيل الله غفر الله له، ومن اتخذ بيضة بيض الله وجهه يوم القيامة، ومن اتخذ درعا كانت له سترا من النار يوم القيامة)). [خط، ((الضعيفة)) (565)]

(Sangat Munkar) Daripada Hasan al-Basri berkata: Rasulullah SAW bersabda: Barang siapa memakai topi besi untuk berjihad di jalan Allah, nescaya Allah akan mengampuninya. Barang siapa yang memakai pelindung besi (di bahagian leher), Allah akan memutihkan wajahnya di hari kiamat. Manakala barang siapa yang memakai baju besi, nescaya dibuatkan untuknya penghadang daripada api neraka di hari kiamat. [Riwayat al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 565]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs