Sangat Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَنِ اتَّخَذَ مِغْفَرًا ليُجاهِدَ به في سبيلِ اللهِ غفر اللهُ له، ومَنِ اتَّخَذَ بَيْضَةً بَيَضَّ اللهُ وجهَه يومَ القيامةِ، ومَنِ اتَّخَذَ دِرْعًا كانت له سِتْرًا من النارِ يومَ القيامةِ.
Teks Bahasa Melayu
Barang siapa memakai topi besi untuk berjihad di jalan Allah, nescaya Allah akan mengampuninya. Barang siapa yang memakai pelindung besi (di bahagian leher), Allah akan memutihkan wajahnya di hari kiamat. Manakala barang siapa yang memakai baju besi, nescaya dibuatkan untuknya penghadang daripada api neraka di hari kiamat.
Sahabat Perawi
- Hasan al-Basri
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 979, hadis no. 5047. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر جدا) عن الحسن البصري، قال: قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم-: ((من اتخذ مغفرا ليجاهد به في سبيل الله غفر الله له، ومن اتخذ بيضة بيض الله وجهه يوم القيامة، ومن اتخذ درعا كانت له سترا من النار يوم القيامة)). [خط، ((الضعيفة)) (565)]
(Sangat Munkar) Daripada Hasan al-Basri berkata: Rasulullah SAW bersabda: Barang siapa memakai topi besi untuk berjihad di jalan Allah, nescaya Allah akan mengampuninya. Barang siapa yang memakai pelindung besi (di bahagian leher), Allah akan memutihkan wajahnya di hari kiamat. Manakala barang siapa yang memakai baju besi, nescaya dibuatkan untuknya penghadang daripada api neraka di hari kiamat. [Riwayat al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 565]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman