Barang siapa memakai pakaian masyhur

TEKS BAHASA ARAB

من لبس ثوب شهرة؛ أعرض الله عنه حتى يضعه متى ما وضعه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa memakai pakaian kemasyhuran, Allah akan berpaling daripadanya sehingga dia menanggalkannya disaat dia menanggalkannya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 492, hadis nombor 2646. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابي ذر-رضي الله عنه- مرفوعا: ((من لبس ثوب شهرة؛ أعرض الله عنه حتى يضعه متى ما وضعه)). [هـ، ابن حبان في ((الثقات))، عق، حل، ((الضعيفة)) (4650)].

(Lemah)
Daripada Abu Zar RA, secara marfu‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Barang siapa memakai pakaian kemasyhuran, Allah akan berpaling daripadanya sehingga dia menanggalkannya disaat dia menanggalkannya.
[Riwayat Ibn Majah, Ibn Hibban dalam al-Thiqat, al-‘Uqaili dalam al-Du'afa al-Kabir, dan Abu Nu‘aim dalam Hilyah al-Awliya'. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 4650].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs