Barang siapa memakai cincin batu akik

TEKS BAHASA ARAB

حديث: من تختم بالعقيق لم يزل يرى خيرا.


TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Barang siapa memakai cincin batu akik, berterusanlah dia dalam kebaikan.


STATUS

Palsu


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 194, hadis nombor 23. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:


رواه ابن حبان عن فاطمة بنت رسول الله صلى الله عليه وسلم ورضي عنها مرفوعا وفي إسناده: أبو بكر بن شعيب عن مالك بن أنس وهو يروي عنه ما ليس من حديثه.

Ibn Hibban meriwayatkan daripada Fatimah binti Rasulillah SAW dan RA, secara marfu’ (yang disandarkan kepada Nabi SAW) dan pada sanadnya terdapat: Abu Bakr bin Syu‘aib daripada Malik Bin Anas dan dia (Abu Bakr) meriwayatkan daripadanya apa (Malik bin Anas) apa yang bukan dari hadithnya.


RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs