Barang siapa memakai cincin akik akan sentiasa melihat kebaikan

TEKS BAHASA ARAB

من تختم بالعقيق لم يزل يرى خيرا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa memakai cincin akik akan sentiasa melihat kebaikan.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1610, hadis nombor 8111. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن فاطمة بنت النبي -صلى الله عليه وسلم- رضي الله عنها – مرفوعا: ((من تختم بالعقيق لم يزل يرى خيرا)). [ابن الجوزي، ابن حبان في ((الضعفاء))، ((الضعيفة)) (230)].

(Palsu)
Daripada Fatimah binti Muhamad SAW R.anhuma secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Barang siapa memakai cincin akik akan sentiasa melihat kebaikan.”
[Riwayat Ibn al-Jawzi dan Ibn Hibban di dalam al-Dhu’afa’. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 230].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.