Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من تختَّم بالعقيقِ لم يزَلْ يرَى خيرًا.
Teks Bahasa Melayu
Barang siapa memakai cincin akik akan sentiasa melihat kebaikan.
Sahabat Perawi
- Fatimah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1610, hadis no. 8111. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن فاطمة بنت النبي -صلى الله عليه وسلم- رضي الله عنها - مرفوعا: ((من تختم بالعقيق لم يزل يرى خيرا)). [ابن الجوزي، ابن حبان في ((الضعفاء))، ((الضعيفة)) (230)].
(Palsu) Daripada Fatimah binti Muhamad SAW R.anhuma secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Barang siapa memakai cincin akik akan sentiasa melihat kebaikan.” [Riwayat Ibn al-Jawzi dan Ibn Hibban di dalam al-Dhu’afa’. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 230].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman