Barang siapa mati atas kecintaan terhadap keluarga Muhammad, dia mati syahid

TEKS BAHASA ARAB

من مات على حب آل محمد؛ مات شهيدا. ألا ومن مات على حب آل محمد؛ مات مغفورا له. ألا ومن مات على حب آل محمد؛ مات تائبا. ألا ومن مات على حب آل محمد؛ مات مؤمنا مستكمل الإيمان. ألا ومن مات على حب آل محمد؛ بشره ملك الموت بالجنة؛ ثم منكر ونكير. ألا ومن مات على حب آل محمد؛ يزف إلى الجنة كما تزف العروس إلى بيت زوجها. ألا ومن مات على حب آل محمد؛ فتح له في قبره بابان إلى الجنة. ألا ومن مات على حب آل محمد؛ جعل الله قبره مزار ملائكة الرحمة. ألا ومن مات على حب آل محمد؛ مات على السنة والجماعة. ألا ومن مات على بغض آل محمد؛ جاء يوم القيامة مكتوب بين عينيه: آيس من رحمة الله. ألا ومن مات على بغض آل محمد؛ مات كافرا. ألا ومن مات على بغض آل محمد؛ لم يشم رائحة الجنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa mati atas kecintaan terhadap keluarga Muhammad, dia mati syahid. Ketahuilah, dan barang siapa mati atas kecintaan terhadap keluarga Muhammad, dia mati dalam keadaan diampunkan baginya. Ketahuilah, dan barang siapa mati atas kecintaan terhadap keluarga Muhammad, dia mati dalam keadaan bertaubat. Ketahuilah, dan barang siapa mati atas kecintaan terhadap keluarga Muhammad, dia mati dalam keadaan beriman dengan iman yang sempurna. Ketahuilah, dan barang siapa mati atas kecintaan terhadap keluarga Muhammad, malaikat maut akan memberikan berita gembira dengan syurga, kemudian Munkar dan Nakir. Ketahuilah, dan barang siapa mati atas kecintaan terhadap keluarga Muhammad, dia akan diiringi ke syurga seperti pengantin perempuan diiringi ke rumah suaminya. Ketahuilah, dan barang siapa mati atas kecintaan terhadap keluarga Muhammad, dibukakan untuknya dalam kuburnya dua pintu ke syurga. Ketahuilah, dan barang siapa mati atas kecintaan terhadap keluarga Muhammad, Allah jadikan kuburnya tempat yang diziarahi oleh malaikat rahmat. Ketahuilah, dan barang siapa mati atas kecintaan terhadap keluarga Muhammad, dia mati atas jalan sunnah dan jemaah. Ketahuilah, dan barang siapa mati atas kebencian terhadap keluarga Muhammad, dia akan datang pada hari kiamat, dalam keadaan tertulis antara dua matanya "orang yang berputus asa daripada rahmat Allah". Ketahuilah, dan barang siapa mati atas kebencian terhadap keluarga Muhammad, dia mati sebagai seorang kafir. Ketahuilah, dan barang siapa mati atas kebencian terhadap keluarga Muhammad, dia tidak akan menghidu bau syurga.

STATUS

Batil Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 492, hadis nombor 2649. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(باطل موضوع) عن جرير –رضي الله عنه، قال: ((من مات على حب آل محمد؛ مات شهيدا. ألا ومن مات على حب آل محمد؛ مات مغفورا له. ألا ومن مات على حب آل محمد؛ مات تائبا. ألا ومن مات على حب آل محمد؛ مات مؤمنا مستكمل الإيمان. ألا ومن مات على حب آل محمد؛ بشره ملك الموت بالجنة؛ ثم منكر ونكير. ألا ومن مات على حب آل محمد؛ يزف إلى الجنة كما تزف العروس إلى بيت زوجها. ألا ومن مات على حب آل محمد؛ فتح له في قبره بابان إلى الجنة. ألا ومن مات على حب آل محمد؛ جعل الله قبره مزار ملائكة الرحمة. ألا ومن مات على حب آل محمد؛ مات على السنة والجماعة. ألا ومن مات على بغض آل محمد؛ جاء يوم القيامة مكتوب بين عينيه: آيس من رحمة الله. ألا ومن مات على بغض آل محمد؛ مات كافرا. ألا ومن مات على بغض آل محمد؛ لم يشم رائحة الجنة)). [الثعلبي في ((تفسيره))، ((الضعيفة)) (4920)].

(Batil Palsu)
Daripada Jarir RA, beliau berkata: Barang siapa mati atas kecintaan terhadap keluarga Muhammad, dia mati syahid. Ketahuilah, dan barang siapa mati atas kecintaan terhadap keluarga Muhammad, dia mati dalam keadaan diampunkan baginya. Ketahuilah, dan barang siapa mati atas kecintaan terhadap keluarga Muhammad, dia mati dalam keadaan bertaubat. Ketahuilah, dan barang siapa mati atas kecintaan terhadap keluarga Muhammad, dia mati dalam keadaan beriman dengan iman yang sempurna. Ketahuilah, dan barang siapa mati atas kecintaan terhadap keluarga Muhammad, malaikat maut akan memberikan berita gembira dengan syurga, kemudian Munkar dan Nakir. Ketahuilah, dan barang siapa mati atas kecintaan terhadap keluarga Muhammad, dia akan diiringi ke syurga seperti pengantin perempuan diiringi ke rumah suaminya. Ketahuilah, dan barang siapa mati atas kecintaan terhadap keluarga Muhammad, dibukakan untuknya dalam kuburnya dua pintu ke syurga. Ketahuilah, dan barang siapa mati atas kecintaan terhadap keluarga Muhammad, Allah jadikan kuburnya tempat yang diziarahi oleh malaikat rahmat. Ketahuilah, dan barang siapa mati atas kecintaan terhadap keluarga Muhammad, dia mati atas jalan sunnah dan jemaah. Ketahuilah, dan barang siapa mati atas kebencian terhadap keluarga Muhammad, dia akan datang pada hari kiamat, dalam keadaan tertulis antara dua matanya "orang yang berputus asa daripada rahmat Allah". Ketahuilah, dan barang siapa mati atas kebencian terhadap keluarga Muhammad, dia mati sebagai seorang kafir. Ketahuilah, dan barang siapa mati atas kebencian terhadap keluarga Muhammad, dia tidak akan menghidu bau syurga.
[Riwayat al-Tha‘labi dalam tafsirnya. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 4920].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs