Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من أكلَّ وتَحتَّمَ ؛ دخلَ الجنَّةَ.
Teks Bahasa Melayu
Barang siapa makan lalu mengutip cebisan roti yang terjatuh untuk dimakan, nescaya masuk syurga.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 423, hadis no. 2279. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أبي هريرة - رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله ﷺ: «من أكل وتحتم دخل الجنة». [فر، - دون إسناد -، «الضعيفة» (5723)].
(Palsu) Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: "Barang siapa makan lalu mengutip cebisan roti yang terjatuh untuk dimakan, nescaya masuk syurga." [Riwayat al-Daylami dalam Musnad al-Firdaws – tanpa sanad –. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5723].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman