Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Barang siapa di antara pemuda yang berkahwin ketika waktu muda

Teks Bahasa Arab

أيما شابٍ تزوَّجَ في حداثةِ سنِّهِ، عجَّ شيطانُه: يا ويلَه عصمَ مِنِّي دِينَه.

Teks Bahasa Melayu

Barang siapa di antara pemuda yang berkahwin ketika waktu muda, maka syaitan akan mengerip lalu berkata: “Alangkah celakanya. Agamanya telah terpelihara daripada diriku".

Sahabat Perawi

  1. Jabir RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 915, hadis no. 4686. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن جابر -رضي الله عنه- مرفوعا: أيما شاب تزوج في حداثة سنه، عج شيطانه: يا ويله عصم مني دينه. [ع، طس، ابن حبان في الضعفاء، خط، ابن زيدان في مسنده، ابن عساكر، الضعيفة (659)].

(Palsu) Diriwayatkan daripada Jabir RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Barang siapa di antara pemuda yang berkahwin ketika waktu muda, maka syaitan akan mengerip lalu berkata: “Alangkah celakanya. Agamanya telah terpelihara daripada diriku.” [Riwayat Abu Ya’la dalam Musnad, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat, Ibn Hibban dalam al-Du’afa, al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad, Ibn Zaidan dalam Musnad, dan Ibn ‘Asakir dalam Tarikh Dimashq. Lihat Silsilah al-Dha’ifah, no. 659].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.