Barang siapa dari kalangan umatku berselawat ke atasku, dengan satu selawat yang ikhlas dari hatinya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

من صلى علي من أمتي صلاة مخلصاً من قلبه؛ صلى الله عليه بها عشر صلوات، ورفعه بها عشر درجات، وكتب له بها عشر حسنات، ومحا عنه عشر سيئات.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa dari kalangan umatku berselawat ke atasku, dengan satu selawat yang ikhlas dari hatinya, Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh selawat, naikkan darjatnya sebanyak sepuluh darjat, tuliskan baginya sepuluh kebaikan dan hapuskan darinya sepuluh kesalahan.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 313, hadis nombor 1650. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat ringkas tentang hadis Anas bin Malik RA ini yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف بهذا التمام) عن أنس–رضي الله عنه، مرفوعاً: ((من صلى علي من أمتي صلاة مخلصاً من قلبه؛ صلى الله عليه بها عشر صلوات، ورفعه بها عشر درجات، وكتب له بها عشر حسنات، ومحا عنه عشر سيئات)).
[البزار، ن في ((عمل اليوم والليلة))، طب، ((الضعيفة)) (5141) ].

(Lemah dengan sebegini lengkap) Dari Anas bin Malik RA, secara marfu‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Barang siapa dari kalangan umatku berselawat ke atasku, dengan satu selawat yang ikhlas dari hatinya, Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh selawat, naikkan darjatnya sebanyak sepuluh darjat, tuliskan baginya sepuluh kebaikan dan hapuskan darinya sepuluh kesalahan.
[Diriwayatkan oleh al-Bazzar dalam Kitab Musnadnya, Al-Nasa’i dalam Kitab ‘Amal al-Yawm wal-Laylah, dan al-Tabarani dalam Kitab al-Mu‘jam al-Kabir, lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5141].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon