Daif Dengan Selengkapnya Ini
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَنْ صَلَّى عَلَيَّ مِنْ أُمَّتِي صَلَاةً مُخْلِصًاً مِنْ قَلْبِهِ؛ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ بِهَا عَشْرَ صَلَوَاتٍ، وَرَفَعَهُ بِهَا عَشْرَ دَرَجَاتٍ، وَكَتَبَ لَهُ بِهَا عَشْرَ حَسَنَاتٍ، وَمَحَا عَنْهُ عَشْرَ سَيِّئَاتٍ.
Teks Bahasa Melayu
Barang siapa dari kalangan umatku berselawat ke atasku, dengan satu selawat yang ikhlas dari hatinya, Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh selawat, naikkan darjatnya sebanyak sepuluh darjat, tuliskan baginya sepuluh kebaikan dan hapuskan darinya sepuluh kesalahan.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif Dengan Selengkapnya Ini
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 313, hadis no. 1650. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف بهذا التمام) عن أنس–رضي الله عنه، مرفوعاً: ((من صلى علي من أمتي صلاة مخلصاً من قلبه؛ صلى الله عليه بها عشر صلوات، ورفعه بها عشر درجات، وكتب له بها عشر حسنات، ومحا عنه عشر سيئات)). [البزار، ن في ((عمل اليوم والليلة))، طب، ((الضعيفة)) (5141) ]
(Daif Dengan Selengkapnya Ini) Dari Anas bin Malik RA, secara marfu‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Barang siapa dari kalangan umatku berselawat ke atasku, dengan satu selawat yang ikhlas dari hatinya, Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh selawat, naikkan darjatnya sebanyak sepuluh darjat, tuliskan baginya sepuluh kebaikan dan hapuskan darinya sepuluh kesalahan. [Riwayat al-Bazzar dalam Kitab Musnadnya, Al-Nasa’i dalam Kitab ‘Amal al-Yawm wal-Laylah, dan al-Tabarani dalam Kitab al-Mu‘jam al-Kabir, lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5141]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman