Barang siapa dalam kalangan umatmu yang berselawat ke atasmu dengan satu kali selawat, nescaya Allah tuliskan dengannya sepuluh kebaikan

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

وما لي لا تطيب نفسي، ولا يظهر بشري، وإنما فارقني جبريل عليه السلام الساعة، فقال: يا محمد! من صلى عليك من أمتك صلاة كتب الله له بها عشر حسنات، ومحا عنه عشر سيئات ورفعه بها عشر درجات، وقال له الملك مثل ما قال لك. قلت: يا جبريل! وما ذاك الملك؟ ، قال: إن الله عز وجل وكل بك ملكا من لدن خلقك إلى أن يبعثك لا يصلي عليك أحد من أمتك، إلا قال: وأنت صلى الله عليك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Mana mungkin jiwaku tidak senang hati mahupun tidak terzahir kegiranganku sedangkan Jibril AS baru sahaja meninggalkan aku dan dia berkata: “Wahai Muhammad! Barang siapa dalam kalangan umatmu yang berselawat ke atasmu dengan satu kali selawat, nescaya Allah tuliskan dengannya sepuluh kebaikan dan menghapuskan daripadanya sepuluh dosa, serta mengangkat dengan (sebabnya) sebanyak sepuluh darjat. Demikian juga akan ada satu malaikat yang akan ucapkan ke atasnya sebagaimana ucapannya ke atasmu.” Lalu aku bertanya: “Wahai Jibril! Apakah malaikat tersebut?” Dia menjawab: “Sesungguhnya Allah Azza wa Jalla telah mewakilkan satu malaikat daripada segenap ciptaan untukmu sehinggalah kamu dibangkitkan kelak, tiadalah seorang pun yang berselawat ke atasmu dalam kalangan umatmu melainkan dia akan berkata: "Untukmu jua, Allah berselawat ke atasmu".

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 585, hadis nombor 3003. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع بالشطر الثاني) عن أبي طلحة –رضي الله عنه-، قال: دخلت على رسول صلى الله عليه وسلم، وأسارير وجهه تبرق، فقلت: يا رسول الله! ما رأيتك أطيب نفساً، ولا أظهر بشراً منك في يومك هذا؟ فقال: ((وَمَا لِي ‌لا ‌تَطَيبُ ‌نَفْسِي، وَلا يَظْهَرُ بِشْرِي، وَإِنَّمَا فَارَقَنِي جِبْرِيلُ عَلَيْهِ السَّلامُ السَّاعَةَ، فَقَالَ: يَا مُحَمَّدُ! مَنْ صَلَّى عَلَيْكَ مِنْ أُمَّتِكَ صَلاةً كَتَبَ اللَّهُ لَهُ بِهَا عَشْرَ حَسَنَاتٍ، وَمَحَا عَنْهُ عَشْرَ سَيِّئَاتٍ وَرَفَعَهُ بِهَا عَشْرَ دَرَجَاتٍ، وَقَالَ لَهُ الْمَلَكُ مِثْلَ مَا قَالَ لَكَ. قُلْتُ: يَا جِبْرِيلُ! وَمَا ذَاكَ الْمَلَكُ؟ ، قَالَ: إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ وَكَّلَ بِكَ مَلَكًا مِنْ لَدُنْ خَلْقِكَ إِلَى أَنْ يَبْعَثَكَ لا يُصَلِّي عَلَيْكَ أَحَدٌ مِنْ أُمَّتِكَ، إِلا قَالَ: وَأَنْتَ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْكَ)). [طب، ((الضعيفة)) (6853)].

(Palsu pada bahagian kedua) Daripada Abu Talhah RA berkata: “Aku masuk bertemu Rasulullah SAW, sedang wajahnya cerah bersinar. Maka aku berkata: “Wahai Rasulullah! Tidak pernah aku melihatmu lebih senang hati serta lebih terzahir kegembiraan daripada hari ini?”. (Rasulullah) SAW menjawab: Mana mungkin jiwaku tidak senang hati mahupun tidak terzahir kegiranganku sedangkan Jibril AS baru sahaja meninggalkan aku dan dia berkata: “Wahai Muhammad! Barang siapa yang berselawat ke atasmu dalam kalangan umatmu dengan satu kali selawat, nescaya Allah akan tuliskan dengan (selawat itu) sepuluh kebaikan dan menghapuskan daripadanya sepuluh dosa, serta mengangkat dengan (sebabnya) sebanyak sepuluh darjat. Demikian juga akan ada satu malaikat yang akan ucapkan ke atasnya sebagaimana ucapannya ke atasmu.” Lalu aku bertanya: “Wahai Jibril! Apakah malaikat tersebut?” Dia menjawab: “Sesungguhnya Allah Azza wa Jalla telah mewakilkan satu malaikat daripada segenap ciptaan untukmu sehinggalah kamu dibangkitkan kelak, tiadalah seorang pun yang berselawat ke atasmu dalam kalangan umatmu melainkan dia akan berkata: "Untukmu jua, Allah berselawat ke atasmu". [Riwayat al-Tabarani dalam Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6853].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.