Barang siapa bermusafir pada hari Jumaat, dua malaikatnya akan mendoakan supaya dia tidak ditemani

TEKS BAHASA ARAB

من سافر يوم الجمعة دعا عليه ملكاه أن لا يصحب في سفره ولا تقضى له حاجة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa bermusafir pada hari Jumaat, dua malaikatnya akan mendoakan supaya dia tidak ditemani dalam perjalanannya dan tidak ditunaikan hajatnya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 976, hadis nombor 5028. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي هريرة – رضي الله عنه – مرفوعا: ((من سافر يوم الجمعة دعا عليه ملكاه أن لا يُصحب في سفره ولا تقضى ‌له ‌حاجة)). [الخطيب في ((أسماء الرواة عن مالك))، ((الضعيفة)) (219)]

(Palsu) Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Barang siapa bermusafir pada hari Jumaat, dua malaikatnya akan mendoakan supaya dia tidak ditemani dalam perjalanannya dan tidak ditunaikan hajatnya. [Riwayat al-Khatib al-Baghdadi dalam Asma’ al-Ruwat ‘an Malik. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 219]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs