Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَن سافرَ يومَ الجمُعةِ دعا علَيهِ ملَكاهُ أن لا يُصحَبَ في سفرِهِ ولا تُقضَى لهُ حاجةٌ.
Teks Bahasa Melayu
Barang siapa bermusafir pada hari Jumaat, dua malaikatnya akan mendoakan supaya dia tidak ditemani dalam perjalanannya dan tidak ditunaikan hajatnya.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 976, hadis no. 5028. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أبي هريرة – رضي الله عنه – مرفوعا: ((من سافر يوم الجمعة دعا عليه ملكاه أن لا يُصحب في سفره ولا تقضى له حاجة)). [الخطيب في ((أسماء الرواة عن مالك))، ((الضعيفة)) (219)]
(Palsu) Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Barang siapa bermusafir pada hari Jumaat, dua malaikatnya akan mendoakan supaya dia tidak ditemani dalam perjalanannya dan tidak ditunaikan hajatnya. [Riwayat al-Khatib al-Baghdadi dalam Asma’ al-Ruwat ‘an Malik. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 219]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman