Barang siapa bermusafir daripada negeri tempat tinggalnya pada hari Jumaat

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

من سافر من ‌دار ‌إقامته يوم الجمعة؛ دعت عليه الملائكة أن لا يُصحب في سفره.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa bermusafir daripada negeri tempat tinggalnya pada hari Jumaat, maka malaikat akan mendoakan supaya dia tidak ditemani dalam perjalanannya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 976, hadis nombor 5027. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عمر – رضي الله عنهما – مرفوعا: ((من سافر من ‌دار ‌إقامته يوم الجمعة؛ دعت عليه الملائكة أن لا يُصحب في سفره)). [الدارقطني في ((الأفراد))، ((الضعيفة)) (218)]

(Lemah) Daripada Ibn Umar RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Barang siapa bermusafir daripada negeri tempat tinggalnya pada hari Jumaat, maka malaikat akan mendoakan supaya dia tidak ditemani dalam perjalanannya. [Riwayat al-Dāraquṭnī dalam al-Afrad. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no.218]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.