Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَن سافرَ من دارِ إقامتِه يومَ الجمعةِ دعَت عليهِ الملائكةُ أن لا يُصحَبَ في سفرِهِ.
Teks Bahasa Melayu
Barang siapa bermusafir daripada negeri tempat tinggalnya pada hari Jumaat, maka malaikat akan mendoakan supaya dia tidak ditemani dalam perjalanannya.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 976, hadis no. 5027. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن عمر – رضي الله عنهما – مرفوعا: ((من سافر من دار إقامته يوم الجمعة؛ دعت عليه الملائكة أن لا يُصحب في سفره)). [الدارقطني في ((الأفراد))، ((الضعيفة)) (218)]
(Lemah) Daripada Ibn Umar RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Barang siapa bermusafir daripada negeri tempat tinggalnya pada hari Jumaat, maka malaikat akan mendoakan supaya dia tidak ditemani dalam perjalanannya. [Riwayat al-Dāraquṭnī dalam al-Afrad. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no.218]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman