Barang siapa berkawal di atas unta (dalam peperangan), nescaya Allah haramkan ke atasnya api neraka

TEKS BAHASA ARAB

من رابط ‌فواق ناقة حرمه الله على النار.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa berkawal di atas unta (dalam peperangan), nescaya Allah haramkan ke atasnya api neraka.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 980, hadis nombor 5048. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن عائشة – رضي الله عنها – مرفوعا: ((من رابط ‌فواق ناقة حرمه الله على النار)). [عق، خط، ((الضعيفة)) (626، 1890)]

(Munkar) Daripada Aisyah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Barang siapa berkawal di atas unta (dalam peperangan), nescaya Allah haramkan ke atasnya api neraka. [Riwayat al-‘Uqaylī dalam al-Ḍu‘afā’ al-Kabīr dan al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 626 dan 1890]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs