Barang siapa bangun ketika matahari menghadapnya

TEKS BAHASA ARAB

من قام إذا استقبلته الشمس؛ فتوضأ، فأحسن وضوءه، ثم قام فصلى ركعتين؛ غفر له خطاياه، وكان كما ولدته أمه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa bangun ketika matahari menghadapnya, lalu dia berwuduk seraya menyempurnakan wuduknya, kemudian dia bangun lalu solat dua rakaat, diampunkan kesalahan-kesalahannya dan dia menjadi seperti dia dilahirkan oleh ibunya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 314, hadis nombor 1654. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat ringkas tentang hadis Uqbah bin 'Amir RA ini yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عقبة بن عامر–رضي الله عنه،:أنه خرج مع رسول الله – صلى الله عليه وسلم – في غزوة تبوك، فجلس رسول الله – صلى الله عليه وسلم – يوماً يحدث أصحابه، فقال: ((من قام إذا استقبلته الشمس؛ فتوضأ، فأحسن وضوءه، ثم قام فصلى ركعتين؛ غفر له خطاياه، وكان كما ولدته أمه)).
[ع، ((الضعيفة)) (5031) ].

(Lemah) Dari ‘Uqbah bin ‘Amir RA, bahawa beliau telah keluar bersama Rasulullah SAW dalam peperangan Tabuk. Maka suatu hari, Rasulullah SAW telah duduk berbual (atau berbicara) dengan sahabat-sahabat baginda, lalu bersabda: Barang siapa bangun ketika matahari menghadapnya, lalu dia berwuduk seraya menyempurnakan wuduknya, kemudian dia bangun lalu solat dua rakaat, diampunkan kesalahan-kesalahannya dan dia menjadi seperti dia dilahirkan oleh ibunya.
[Diriwayatkan oleh Abu Ya‘la dalam Kitab Musnadnya, lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5031].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon