Barang-barang milik aku adalah ringan

TEKS BAHASA ARAB

وكان متاعي فيه خفة، وكان على جمل ناج، وكان متاع صفية فيه ثقل، وكان على جمل ثفال بطيء يتبطأ بالركب، فقال رسول الله -صلى الله عليه وسلم-: حولوا متاع عائشة على جمل صفية، وحولوا متاع صفية على جمل عائشة حتى يمضي الركب. قالت عائشة: فلما رأيت ذلك قلت: يا عباد الله! غلبتنا هذه اليهودية على رسول الله -صلى الله عليه وسلم-، قالت: فقال رسول الله -صلى الله عليه وسلم-: يا أم عبد الله! إن متاعك كان فيه خفّ، وكان متاع صفية فيه ثقل، فأبطأنا بالركب، فحولنا متاعها على بعيرك، وحولنا متاعك على بعيرها. قالت: فقلت: ألست تزعم أنك رسول الله؟ قالت: فتبسّم، قال: أو في شك أنت يا أم عبد الله؟! قالت: قلت: ألست تزعم أنك رسول الله؟ فهلا عدلت؟ وسمعني أبو بكر وكان فيه غرب -أي: حدة- فأقبل عليّ، فلطم وجهي، فقال رسول الله -صلى الله عليه وسلم-: مهلاً يا أبا بكر! فقال: يا رسول الله! أما سمعت ما قالت؟! فقال رسول الله -صلى الله عليه وسلم-: إنّ الغيرَى لا تبصر أسفل الوادي من أعلاه [إنما التجني في القلب].

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang-barang milik aku adalah ringan, dan ia berada di atas seekor unta yang ringan. Manakala barang-barang Safiyyah pula berat dan ia berada di atas unta yang gemuk lagi lambat pergerakannya. Maka Rasulullah S.A.W bersabda: “Alihkanlah barangan A’ishah ke atas unta Safiyyah, serta alihkan barangan Safiyyah ke atas unta A’ishah sehingga perjalanan dapat diteruskan”. A’ishah berkata: Ketika aku melihat hal tersebut, aku berkata: Wahai sekalian hamba Allah, wanita Yahudi ini telah menewaskan kita ke atas Rasulullah S.A.W. Beliau berkata: Rasulullah S.AW bersabda: “Wahai Ummu Abdullah, sesungguhnya barang-barang kamu itu ringan manakala barang Safiyyah itu berat, sehingga ia melambatkan tunggangan kita. Maka kami pun mengalihkan barang miliknya ke atas unta kamu dan kami mengalihkan barang-barang kamu ke atas untanya”. Beliau berkata: Kemudian aku berkata: “Bukankah kamu menyangka bahawa kamu adalah Rasulullah?”. Beliau berkata: Kemudian baginda tersenyum. Lalu berkata: “Adakah kamu sangsi (tentang hal itu) wahai Ummu ‘Abdullah?!” Beliau berkata: Aku berkata: Bukankah kamu menyangka bahawa kamu adalah Rasulullah? Mengapakah kamu tidak berlaku adil? Kemudian Abu Bakr mendengar ucapanku itu – dan beliau berasa marah – lalu beliau menghadap ke arahku dan menampar mukaku. Maka Rasulullah S.A.W berkata: “Nanti wahai Abu Bakr!” Abu Bakr berkata: Wahai Rasulullah! Tidakkah kamu mendengar apa yang dia katakan?! Maka Rasulullah S.A.W bersabda: “Sesungguhnya perasaan cemburu itu menyebabkan bahagian bawah lembah tidak dapat dilihat dari bahagian atasnya [sesungguhnya tuduhan palsu itu di dalam hati]”.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 84, hadis nombor 418. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن عائشة -رضي الله عنها- أنها قالت: وكان متاعي فيه خفة، وكان على جمل ناج، وكان متاع صفية فيه ثقل، وكان على جمل ثفال بطيء يتبطأ بالركب، فقال رسول الله -صلى الله عليه وسلم-: حولوا متاع عائشة على جمل صفية، وحولوا متاع صفية على جمل عائشة حتى يمضي الركب. قالت عائشة: فلما رأيت ذلك قلت: يا عباد الله! غلبتنا هذه اليهودية على رسول الله -صلى الله عليه وسلم-، قالت: فقال رسول الله -صلى الله عليه وسلم-: يا أم عبد الله! إن متاعك كان فيه خفّ، وكان متاع صفية فيه ثقل، فأبطأنا بالركب، فحولنا متاعها على بعيرك، وحولنا متاعك على بعيرها)). قالت: فقلت: ألست تزعم أنك رسول الله؟ قالت: فتبسّم، قال: أو في شك أنت يا أم عبد الله؟! قالت: قلت: ألست تزعم أنك رسول الله؟ فهلا عدلت؟ وسمعني أبو بكر وكان فيه غرب -أي: حدة- فأقبل عليّ، فلطم وجهي، فقال رسول الله -صلى الله عليه وسلم-: مهلاً يا أبا بكر! فقال: يا رسول الله! أما سمعت ما قالت؟! فقال رسول الله -صلى الله عليه وسلم-: إنّ الغيرَى لا تبصر أسفل الوادي من أعلاه [إنما التجني في القلب].
[ع، ((الضعيفة)) (2985، 4967)]

(Lemah)
Daripada A’ishah R.Anha beliau berkata: Barang-barang milik aku adalah ringan, dan ia berada di atas seekor unta yang ringan. Manakala barang-barang Safiyyah pula berat dan ia berada di atas unta yang gemuk lagi lambat pergerakannya. Maka Rasulullah S.A.W bersabda: “Alihkanlah barangan A’ishah ke atas unta Safiyyah, serta alihkan barangan Safiyyah ke atas unta A’ishah sehingga perjalanan dapat diteruskan”. A’ishah berkata: Ketika aku melihat hal tersebut, aku berkata: Wahai sekalian hamba Allah, wanita Yahudi ini telah menewaskan kita ke atas Rasulullah S.A.W. Beliau berkata: Rasulullah S.AW bersabda: “Wahai Ummu Abdullah, sesungguhnya barang-barang kamu itu ringan manakala barang Safiyyah itu berat, sehingga ia melambatkan tunggangan kita. Maka kami pun mengalihkan barang miliknya ke atas unta kamu dan kami mengalihkan barang-barang kamu ke atas untanya”. Beliau berkata: Kemudian aku berkata: “Bukankah kamu menyangka bahawa kamu adalah Rasulullah?” Beliau berkata: Kemudian baginda tersenyum. Lalu berkata: “Adakah kamu sangsi (tentang hal itu) wahai Ummu ‘Abdullah?!” Beliau berkata: Aku berkata: Bukankah kamu menyangka bahawa kamu adalah Rasulullah? Mengapakah kamu tidak berlaku adil? Kemudian Abu Bakr mendengar ucapanku itu – dan beliau berasa marah – lalu beliau menghadap ke arahku dan menampar mukaku. Maka Rasulullah S.A.W berkata: “Nanti wahai Abu Bakr!” Abu Bakr berkata: Wahai Rasulullah! Tidakkah kamu mendengar apa yang dia katakan?! Maka Rasulullah S.A.W bersabda: “Sesungguhnya perasaan cemburu itu menyebabkan bahagian bawah lembah tidak dapat dilihat dari bahagian atasnya [sesungguhnya tuduhan palsu itu di dalam hati]”.
[Riwayat Abu Ya’la dalam Al-Musnad. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2985, 4967]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs