Bapamu, Abu Bakar adalah penghulu orang-orang dewasa Arab

TEKS BAHASA ARAB

أنا سيد ولد آدم ولا فخز وأبوك يعني: أبا بكر سيد كهول العرب وعلي سيد شباب العرب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku adalah penghulu bagi sekalian manusia, aku beritahu ini bukan untuk berlagak, bapamu, Abu Bakar adalah penghulu orang-orang dewasa Arab, dan ‘Ali adalah penghulu para pemuda Arab.

STATUS

Sangat Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1073, hadis nombor 5469. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن ابن أبي خالد قال: نظرت عائشة إلى النبي صلى الله عليه وسلم فقالت: يا سيد العرب. فقال لها رسول الله صلى الله عليه وسلم: أنا سيّد ولد آدم ولا فخز وأبوك يعني: أبا بكر سيّد كهول العرب وعلي سيد شباب العرب. [القطيعي في زوائده على فضائل الصحابة لأحمد، الضعيفة (5679)]

(Sangat lemah) Daripada Ibn Abi Khalid, beliau menceritakan: ‘Aishah pernah memandang Nabi SAW, lalu berkata: Wahai penghulu orang Arab! Baginda SAW membalas: Aku adalah penghulu bagi sekalian manusia aku beritahu ini bukan untuk berlagak, bapamu, Abu Bakar adalah penghulu orang-orang dewasa Arab, dan ‘Ali adalah penghulu para pemuda Arab. [Riwayat al-Qati‘i dalam al-Zawa’id ‘ala Fada’il al-Sahabah li Ahmad. Lihat Silsilah al-Dha'ifah no. 5679]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs