Bapaku telah wafat dan beliau meninggalkan aku dan saudara lelaki aku

TEKS BAHASA ARAB

توفي أبي وتركني وأخاً لي ولم يدع لنا مالاً فقدم عمي من المدينة وأخرجنا إلى عائشة فأدخلني معها في الخدر لأني كنت جارية ولم يدخل الغلام فشكا عمي إليها حاجته فأمرت لنا بفريضتين وغرارتين ومقعدين وحسل كذا ولعله حلس ثم قالت: سمعت رسول الله ﷺ یقول: لا تقوم الساعة حتى يكون الولد غيظاً والمطر قيظاً وتفيض اللئام فيضاً ويغيض الكرام غيضاً ويجترئ الصغير على الكبير واللئيم على الكريم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Bapaku telah wafat dan beliau meninggalkan aku dan saudara lelaki aku. Beliau tidak meninggalkan harta untuk kami. Maka bapa saudara kami datang daripada Madinah dan beliau membawa kami kepada ‘Āishah RA. Beliau memasukkan aku bersama ‘Āishah RA di dalam ruangan khusus, kerana aku ketika itu masih sebagai budak perempuan, budak lelaki tidak dibenarkan masuk. Bapa saudaraku mengadu kepada beliau hajatnya. Maka ‘Āishah RA pun mengarahkan agar disediakan untuk kami dua ekor binatang zakat, dua karung (harta), dua tempat duduk dan juga ḥasal/daun bidara (demikian pada asal, mungkin yang dimaksudkan adalah ḥalas/alas yang diletakkan di atas binatang tunggangan). Kemudian ‘Āishah RA telah berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Tidak akan berlaku hari kiamat sehinggalah anak menjadi pemarah, hujan menjadi panas, orang yang mencela benar-benar ramai, golongan yang mulia semakin sedikit, golongan muda tidak menghormati golongan tua, serta golongan yang hina tidak menghormati golongan yang mulia.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 137, hadis nombor 686. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أم الضراب قالت: توفي أبي وتركني وأخاً لي ولم يدع لنا مالاً فقدم عمي من المدينة وأخرجنا إلى عائشة فأدخلني معها في الخدر لأني كنت جارية ولم يدخل الغلام فشكا عمي إليها حاجته فأمرت لنا بفريضتين وغرارتين ومقعدين وحسل كذا ولعله حلس ثم قالت: سمعت رسول الله ﷺ یقول: لا تقوم الساعة حتى يكون الولد غيظاً والمطر قيظاً وتفيء اللئام فيضاً ويغيض الكرام غيضاً ويجترئ الصغير على الكبير واللئيم على الكريم. [طس، «الضعيفة» (6160)]

(Lemah) Daripada Ummu al-Ḍirāb telah berkata: Bapaku telah wafat dan beliau meninggalkan aku dan saudara lelaki aku. Beliau tidak meninggalkan harta untuk kami. Maka bapa saudara kami datang daripada Madinah dan beliau membawa kami kepada ‘Āishah RA. Beliau memasukkan aku bersama ‘Āishah RA di dalam ruangan khusus, kerana aku ketika itu masih sebagai budak perempuan, budak lelaki tidak dibenarkan masuk. Bapa saudaraku mengadu kepada beliau hajatnya. Maka ‘Āishah RA pun mengarahkan agar disediakan untuk kami dua ekor binatang zakat, dua karung (harta), dua tempat duduk dan juga ḥasal/daun bidara (demikian pada asal, mungkin yang dimaksudkan adalah ḥalas/alas yang diletakkan di atas binatang tunggangan). Kemudian ‘Āishah RA telah berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Tidak akan berlaku hari kiamat sehinggalah anak menjadi pemarah, hujan menjadi panas, orang yang mencela benar-benar ramai, golongan yang mulia semakin sedikit, golongan muda tidak menghormati golongan tua, serta golongan yang hina tidak menghormati golongan yang mulia. [Diriwayatkan oleh al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Awsaṭ. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah (6160)]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs