Classification icon

Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Bapa saudaraku, Al-Abbas telah memelihara kemaluannya semasa zaman jahiliah dan Islam. Maka Allah mengharamkan tubuh badan dan anaknya daripada api neraka

Teks Bahasa Arab

حديث: عَمِّي الْعَبَّاسُ، حَصَّنَ فَرْجَهُ فِي الْجَاهِلِيَّةِ وَالإِسْلامِ، فَحَرَّمَ اللَّهُ بَدَنَهُ عَلَى النَّارِ، وَوَلَدَهُ، اللَّهُمَّ هَبْ مُسِيئَهُمْ لِمُحْسِنِهِمْ.

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Bapa saudaraku ,Al-Abbas telah memelihara kemaluannya semasa zaman jahiliah dan Islam. Maka Allah mengharamkan tubuh badan dan anaknya daripada api neraka. Wahai Allah, berikan pahala orang menyakiti mereka kepada orang yang melakukan kebaikan kepada mereka.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 402, hadis no. 143. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

هو موضوع، وفي إسناده مجاهيل.

Ia palsu. Dalam sanadnya terdapat orang-orang yang tidak dikenali.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.