TEKS BAHASA ARAB
أكثروا ذكر الله حتى يقولوا: مجنون.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Banyakkanlah mengingati Allah sehingga orang mengatakan: (engkau) gila.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 588, hadis nombor 3017. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن أبي سعيد الخدري –رضي الله عنه-، قال: قال صلى الله عليه وسلم: ((أكْثرُوا ذِكْرَ اللَّهِ حَتَّى يَقُولُوا: مَجْنُونٌ)). [ع، حب، عد، هب، ابن السني، ((الضعيفة)) (7042)].
(Munkar) Daripada Abu Sa’id al-Khudri RA berkata: (Rasulullah) SAW berkata: “Banyakkanlah mengingati Allah sehingga orang mengatakan: (engkau) gila.” [Riwayat Abu Ya'la dalam Musnadnya, Ibn Hibban dalam Sahihnya, Ibn ‘Adi dalam al-Kamil fi al-Dhu'afa’, al-Baihaqi dalam Shu’ab al-Iman, dan Ibn al-Sunni dalam 'Amal al-Yaum wal al-Lailah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 7042].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.