Banyakkanlah mengingati Allah dalam setiap keadaan

TEKS BAHASA ARAB

أكثروا ذكر الله على كل حال، فإنه ليس عمل أحب إلى الله تعالى، ولا أنجى لعبد من كل سيئة في الدنيا والآخرة من ذكر الله تعالى.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Banyakkanlah mengingati Allah dalam setiap keadaan. Kerana sesungguhnya tiada amalan yang lebih dicintai oleh Allah, dan tiada yang lebih menyelamatkannya daripada seluruh keburukan dunia dan akhirat selain mengingati Allah Taala.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 987, hadis nombor 5086. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن معاذ بن جبل رضي الله عنه، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: أكثروا ذكر الله على كل حال، فإنه ليس عمل أحب إلى الله تعالى، ولا أنجى لعبد من كل سيئة في الدنيا والآخرة من ذكر الله تعالى. فقال قائل: ولا القتال في سبيل الله يا رسول الله؟ فقال النبي صلى الله عليه وسلم: لولا ذكر الله تعالى لم نؤمر بالقتال في سبيل الله، ولو اجتمع الناس على شيء مما أمروا به من ذكر الله ما كتب الله القتال على عباده، وإن ذكر الله تعالى لا ‌يمنعكم ‌من ‌القتال في سبيله، بل هو عون لكم على ذلك، فقولوا: لا إله إلا الله والله أكبر، وقولوا: سبحان الله، وقولوا: الحمد لله، وقولوا: تبارك الله، فإنهن خمس لا يعدلهن شيء، عليهن فطر الله عز وجل ملائكته، ومن أجلهن رفع سماءه، ودحا أرضه، ولهن جبل إنسه وجنه، وفرض عليهن فرائضه، ولا يقبل الله ذكره إلا ممن اتقى وطهر قلبه، وأكرموا الله أن يرى ما نهاكم عنه. فقالوا: يا رسول الله! فإن ذكر الله لا يكفينا من الجهاد؟! فقال: ولا الجهاد يكفي من ذكر الله، ولا يصلح الجهاد إلا بذكر الله… الحديث بطوله. [الضياء، ((الضعيفة)) (2617)]

(Palsu) Daripada Mu’az bin Jabal RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Banyakkanlah mengingati Allah dalam setiap keadaan. Kerana sesungguhnya tiada amalan yang lebih dicintai oleh Allah, dan tiada yang lebih menyelamatkannya daripada seluruh keburukan dunia dan akhirat selain mengingati Allah Taala. Lalu seseorang berkata: Tidak juga berperang di jalan Allah, wahai Rasulullah? Nabi menjawab: Kalaulah tiada zikir kepada Allah, nescaya kita tidak disuruh berperang di jalan Allah. Jikalau manusia berkumpul melakukan zikir yang disuruh oleh Allah, tidaklah hamba-Nya akan disuruh berperang. Dan sesungguhnya zikir kepada Allah taala tidak akan menghalang kamu berperang di jalan-Nya. Bahkan ia akan menjadi penolong kamu untuk itu. Maka sebutlah “tiada Tuhan yang layak disembah kecuali Allah” dan “Allah Maha Besar.” Sebutlah “Maha Suci Allah”, “segala puji bagi Allah”, dan “Maha Berkatlah Allah”, kerana kesemua lima perkara ini tidak akan menyamai suatu apa pun dengannya, para malaikatnya diciptakan oleh Allah di atasnya. Dan kerana perkara inilah diangkat langit-Nya dan dihamparkan bumi-Nya. Dan untuk perkara inilah dijadikan manusia-Nya dan jin-Nya. Dan difardukan ke atas perkara ini kefarduan-Nya. Allah tidak akan menerima zikirnya kecuali daripada siapa yang bertaqwa dan suci jantung hatinya. Muliakanlah Allah daripada melihat apa yang Dia telah larang kalian. Kemudian mereka berkata: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya zikir kepada Allah tidak akan mencukupi jihad?! Baginda menjawab: Begitulah juga jihad tidak akan mencukupi zikir kepada Allah, dan tidak benarlah jihad melainkan dengan zikir kepada Allah… hingga akhir hadith yang panjang. [Riwayat aḍ-Ḍiya’ dalam al-Mukhtarah. Lihat al-Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2617]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs