Banyakkan solat di rumahmu, engkau akan memperbanyakkan kebaikan di rumahmu

TEKS BAHASA ARAB

أكثر الصلاة في بيتك يكثر خير بيتك، وسلم على من لقيت من أمتي، تكثر حسناتك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Banyakkan solat di rumahmu, engkau akan memperbanyakkan kebaikan di rumahmu. Berilah salam kepada sesiapa yang engkau temui dari umatku, timbangan kebaikanmu akan bertambah.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 636, hadis nombor 3297. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أنس – رضي الله عنه -، قال: قال صلى الله عليه وسلم: ((أَكْثِرِ الصَّلَاةَ فِي بَيْتِكَ؛ ‌يَكْثُرْ ‌خَيْرُ بَيْتِكَ، وَسِلِّمْ عَلَى مَنْ لَقِيتَ مِنْ أُمَّتِي؛ تَكْثُرْ حَسَنَاتُكَ)). [هب، ((الضعيفة)) (7039)].

(Palsu)
Daripada Anas RA berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Banyakkan solat di rumahmu, engkau akan memperbanyakkan kebaikan di rumahmu. Berilah salam kepada sesiapa yang engkau temui dari umatku, timbangan kebaikanmu akan bertambah.”
[Riwayat al-Baihaqi dalam Syu'ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 7039].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs