Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Banyakkan solat di rumahmu, engkau akan memperbanyakkan kebaikan di rumahmu

Teks Bahasa Arab

أَكْثِرِ الصَّلَاةَ فِي بَيْتِكَ؛ ‌يَكْثُرْ ‌خَيْرُ بَيْتِكَ، وَسِلِّمْ عَلَى مَنْ لَقِيتَ مِنْ أُمَّتِي؛ تَكْثُرْ حَسَنَاتُكَ.

Teks Bahasa Melayu

Banyakkan solat di rumahmu, engkau akan memperbanyakkan kebaikan di rumahmu. Berilah salam kepada sesiapa yang engkau temui dari umatku, timbangan kebaikanmu akan bertambah.

Sahabat Perawi

  1. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 636, hadis no. 3297. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أنس - رضي الله عنه -، قال: قال صلى الله عليه وسلم: ((أَكْثِرِ الصَّلَاةَ فِي بَيْتِكَ؛ ‌يَكْثُرْ ‌خَيْرُ بَيْتِكَ، وَسِلِّمْ عَلَى مَنْ لَقِيتَ مِنْ أُمَّتِي؛ تَكْثُرْ حَسَنَاتُكَ)). [هب، ((الضعيفة)) (7039)].

(Palsu) Daripada Anas RA berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Banyakkan solat di rumahmu, engkau akan memperbanyakkan kebaikan di rumahmu. Berilah salam kepada sesiapa yang engkau temui dari umatku, timbangan kebaikanmu akan bertambah.” [Riwayat al-Baihaqi dalam Syu'ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 7039].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.