Banyakkan mengingati mati, tidak ada seorang hamba yang paling banyak mengingatinya melainkan akan dihidupkan oleh Allah jiwanya

TEKS BAHASA ARAB

أكثروا ذكر الموت، فما من عبد أكثر ذكره إلا أحيا الله قلبه وهون عليه الموت

TEKS BAHASA MALAYSIA

Banyakkan mengingati mati, tidak ada seorang hamba yang memperbanyak mengingatinya (kematian) melainkan akan dihidupkan oleh Allah jiwanya dan dimudahkan kematian ke atasnya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1731, hadis nombor 8708. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي هريرة -رضي الله عنه- مرفوعا: ((أكثروا ذكر الموت، فما من عبد أكثر ذكره إلا أحيا الله قلبه وهون عليه الموت.)) [فر، ((الضعيفة)) (2880)]

(Palsu)
Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Banyakkan mengingati mati, tidak ada seorang hamba yang memperbanyak mengingatinya (kematian) melainkan akan dihidupkan oleh Allah jiwanya dan dimudahkan kematian ke atasnya.))
[Riwayat al-Dailami dalam al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 2880].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs