Banyakkan mengingati mati kerana ia membersihkan dosa, membuatkan zuhud di dunia, mati itu merupakan kiamat, mati itu merupakan kiamat

TEKS BAHASA ARAB

أكثروا ذكر الموت، فإن ذلك تمحيص للذنوب، وتزهيد في الدنيا، الموت القيامة، الموت القيامة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Banyakkan mengingati mati kerana ia membersihkan dosa, dan melahirkan sifat zuhud pada dunia. Seseungguhnya mati itu merupakan kiamat, mati itu merupakan kiamat.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1730-1731, hadis nombor 8707. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أنس بن مالك -رضي الله عنه- مرفوعا: ((أكثروا ذكر الموت، فإن ذلك تمحيص للذنوب، وتزهيد في الدنيا، الموت القيامة، الموت القيامة.)) (فر، ((الضعيفة)) (2879)]

(Sangat Lemah)
Daripada Anas Bin Malik RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Banyakkan mengingati mati kerana ia membersihkan dosa, dan melahirkan sifat zuhud pada dunia. Seseungguhnya mati itu merupakan kiamat, mati itu merupakan kiamat.))
[Riwayat al-Dailami dalam al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da'ifah no 6879].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs