Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أَكْثِرُوا ذِكْرَ الموتِ، فإن ذلك تَمْحِيصٌ للذنوبِ، وتَزْهِيدٌ في الدنيا، الموتُ القيامةُ، الموتُ القيامةُ.
Teks Bahasa Melayu
Banyakkan mengingati mati kerana ia membersihkan dosa, dan melahirkan sifat zuhud pada dunia. Seseungguhnya mati itu merupakan kiamat, mati itu merupakan kiamat.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1730-1731, hadis no. 8707. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن أنس بن مالك -رضي الله عنه- مرفوعا: ((أكثروا ذكر الموت، فإن ذلك تمحيص للذنوب، وتزهيد في الدنيا، الموت القيامة، الموت القيامة.)) (فر، ((الضعيفة)) (2879)]
(Sangat Lemah) Daripada Anas Bin Malik RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Banyakkan mengingati mati kerana ia membersihkan dosa, dan melahirkan sifat zuhud pada dunia. Seseungguhnya mati itu merupakan kiamat, mati itu merupakan kiamat.)) [Riwayat al-Dailami dalam al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da'ifah no 6879].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman